Friday, November 20, 2009

Balik Kampung....


hari ne saya akan pulang ke kampung halaman ku......gembira tak terkira hati ne... balik kampung umpama baleh melupakan segala beban yang berada di kepala.Walaupun pada hakikat nye kepala ne da serabut.. Sudah lama tidak bersua dengan mak dan abah..rindu sangat2. tambah pula adik dak kakak sudah berada di rumah..Maklumla adik saya da abis exam PMR, mmg la dia cuti awal dari orang lain. Kakak saya pn abis exam awal....pelajar UITM mmg sllu abis exam awal...saya je yang sllu balik dan yang akan balik semula ke univesiti awal dari org lain....em... sedih tp mmg itu la rutin saya sejak 3 tahun bergelar pelajar Universiti...

tapi apa yang penting sekarang ne.....saya nak balik kampung dan akan menyambut Hari Raya di kampung....dan semalam abah ada menelefon yana dan memberitahu yang akan wat korban untuk kami sekeluarga. Abah akan korbankan seekor lembu untuk kami sekeluarga. seekor lembu 7 bahagian kan lau nk wat korban...jadi cukup la kami sekeluarga..... ahli keluarga kami hanya 7 orang je campur emak dan abah...hehehehe x ramai pun...

Jd apa yang penting sekarang ne enjoi...hehehehe..tp jgn lupe diri palak..hehehhe, sblm balik rumah singgah dulu di rumah mak saudaura di Rompin,Pahang..hehehehe biasa la .....saya mmg suke berjalan.....

Friday, November 13, 2009

Demam Fainal Exam

x sabar nk tunggu fainal exam abis...huhuhu lagi satu paper lagi tinggal... tapi 1 paper ne la paper pembunuh....Hanya Allah je yang tahu bagaimana perasaan ku bagaimana nk menghadapi paper ne.... yang hairan nye ingat kan saya seorang je yang berperasan begini....rupe-rupenye 1 kelas...Ya Allah hanya pada MU kami berdoa agar pensyarah yang mengajar kami subjek ne..terbuka dan dan murah hati nya untuk bagi kami lulus subjek ini....hanya pada Mu kami memohon pertolongan...makbulkan kan doa hambamu yang daif lagi hina ini...Amin....

saya juga berharap doa dari sekalian sahabat semua ......

Monday, November 9, 2009

Cinta.............

warak dan/tapi berkapel?

Warak tapi bercouple? Warak? Berkapel?

Kalau dah berkapel mana waraknyer lagi. Itu jawapan reaktif dr aku. Juga jawapan dari ustaz2 yang reaktif: orang warak yang berkapel ialah orang warak yang tidak berakhlak, sekaligus status warak tidak lagi wujud.

NAK TAHU ISU NE DI KUPAS DENGAN LEBIH LANJUT SILA KLIK DI SINI :

http://enjeng.blogspot.com/2007/03/warak-dantapi-berkapel.html

hayatilah dan insafilah diri kita.

Wanita....

Artikel ini diambil dari laman web lain..dan saya amat tertarik dan mahu berkongsi dengan sahabat-sahabat saya yang lain. Harap Allah mengurniakan pahala bagi penulis artikel ini. sama-samalah kita berdoa kepada dia. Amin....mari kita sama-sama menghayati kisah ini ^^

RABI’AH AL ADAWIYAH Perindu Cinta Allah(majalah haluan)

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

Monday, November 2, 2009

Demam Fainal Exam

Hari ini hari pertama saya menduduki exam bagi paper yg pertama......doakan saya boleh menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang baik bagi subjek ini...Ya Allah bagi lah ketenangan,hidayah danpetunjuk kepada hambamu ini di dalam menjawab peperiksaan pada hari ini...Amin.....Kepada semua sahabat dan keluarga doakan saya dapat menjawab semua soalan dengan baik, tenang dan cemerlang....

Friday, October 30, 2009

Demam Fainal Exam


Ya Allah tolongla hambamu ini...berikan la kekuatan untuk hadapi semua ini...
Kenapa diri ne x nk mulakan lg study. Seharusnya saya harus mulakan belajar untuk fainal exam.....fainal exam da x lama da...Ya Allah tolong la hambamu ini..berikan la hidayah dan petunjuk kepada ku.... Berikan kekuatan kepada diri ku ini untuk menempuhi segala dugaan dan rintangan yang menghalang diri ini untuk terus kan study... Jauh kan dari anasir yang x sepatutnya....

Tuesday, October 27, 2009

Wanita....



Monolog An-Nisa'
www.iLuvislam.com
hamba_Allah92
editor:everjihad

Aku ingin menjadi bunga segar
Yang mekar mewangi di taman
Ingin dipagari duri-duri tajam
Agar tiada yang berani menyentuh apatah lagi mendekati
Tanpa sebab yang menghalalkan.

Aku ingin berasa aman
Dalam indah taman
Tenang tanpa gusar
Gembira tanpa hiba,
Aku ingin sentiasa dihujani rahmat Tuhan
Ingin diiringi keredhaanNya
Dipayungi bawah awan lindunganNya
Agar selamat daripada panahan syaitan
Agar sejahtera daripada fitnah duniawi,

Tapi..
tatkala ini jiwa telah gelora
maka iman turut terkocak gelombang

Setibanya teguran Tuhan
Aku tersentak...


Baru kusedar keseronokan,
keindahan dan kebahagiaan yang aku kecapi
Terpesong dari landasan syariatNya
Lalu..
jiwa ini meronta saban hari
Minta dibebaskan daripada belenggu dosa noda
Sesaat tak terpadam ingatan dosa lalu
Yang semakin menimbun dalam catatan amalku...
Terbit nur insaf dari hati yang mulus
Syukur Tuhan masih menyayangi
Mujur tak tercampak ke lembah hina dan berlarutan dalam dosa
Kuyakin di langit sana masih luas terbuka
keampunan keredhaan dan rahmatNya..
Dan,sekali lagi ku utuhkan azam
aku ingin menjadi bunga segar yang mekar mewangi di taman
menanti hadir insan yang selayaknya memetikku menjadi hiasan hidupnya...

Friday, October 23, 2009

Cinta.............

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta
www.iluvislam.com
Oleh : ibnulatef
Editor : ibnulatef



Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

Cinta.............

Kerana Dia Manusia Biasa
www.iluvislam.com
diedit oleh : everjihad




Email ini dipetik daripada seorang sahabat, dan saya forwardkan untuk manfaat kepada diri saya dan semua.

Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.




Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.

Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.

Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.

Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja."

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. "Teruknya dia ni."

Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.
Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........



************ ********* *******

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb




************ ********* *********



Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia.....?"

"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.

"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "

Ssttt....."Saya menutup mulutnya.

Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."

Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.
Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.

Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.



Wallahu 'alam.

Thursday, October 15, 2009

Wednesday, September 30, 2009

Jom Makan....




Donuts.....!!!! sedap nye.... yum..yum.... sedap hingga menjilat jari...

Tuesday, September 29, 2009

HIKMAH SUJUD

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Saturday, September 12, 2009

Wanita....

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?" Si ayah pun menjawab, "Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik". Si ayah terus menyambung, "Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

"Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik". (surah Al Ahzab:32). "Lantas apa lagi ayah?"sahut puteri kecil terus ingin tahu. "Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul".

Setelah itu si anak bertanya, "Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?".
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,"Pelajarila h mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh". Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. – (Riwayat Imam Ahmad)

"Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendakinya.

Thursday, September 3, 2009

Wednesday, September 2, 2009

Cinta.............

BERCINTA SEBELUM BERNIKAH?


Cinta adalah fitrah (komponen kejadian manusia). Firman Allah," Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah itu." maksud Surah arRum: 30

Imam Ibn Qayyim menjelaskan cinta adalah fenomena universal dan ia memberi kesan yang mendalam kepada jiwa manusia hinggakan dalam sastera Arab menghasilkan lebih dari 60 istilah cinta. Dunia Melayu pun apa kurangnya.

Syaikh (aMarhum) Abdullah Nasih Ulwan berpendapat: Islam mengiktiraf cinta yang bersemi pada setiap individu dan Islam telah menggariskan tiga tahap cinta:

* Cinta agung: Cinta kepada Allah, Rasul dan Islam serta berjihad membuktikannya.

** Cinta pertengahan: cintakan sesama manusia: ibubapa, anak-isteri, kaum kerabat dan sahabat handai

*** Cinta bawahan: menyintai sesuatu melebihi cinta kepada Allah, Rasul dan Islam.

Bolehkah pasangan bukan muhrim bercinta sebelum kahwin?

Syaikh Atiyyah Saqr menjawab: kenapa tidak? Cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syara' asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi kotor; ia mestilah tidak
bercanggah dengn hukum-hukum syara' dan diiringi dengan cinta yang diredhai oleh Allah.

Cinta sejati boleh dibina sebelum berkahwin asalkan cinta yang direstui agama, dilahir dan dipupuk melalui saluran agama. Islam tidak menentang cinta kerana cintalah asas dalam ibadah antara hamba dengan Penciptanya; manakala cinta jugalah asas kepada pembentukan sebuah keluarga Islam yang harmonis.

Cinta yang dibenteras oleh Islam ialah cinta yang dicemari oleh maksiat dan menuruti hawa nafsu; manakala mereka yang memupuk cinta tapi tetap berpegang kepada ajaran Allah dan mengikuti saluran syara' adalah diharuskan oleh syara' dan seterusnya memadu cinta melalui jalan pernikahan yang sah dan halal.

Rujukan:
1. Syaikh (Prof) Abdullah Nasih Ulwan, Islam wal Hubb (Islam dan Cinta)
2. Syaikh Atiyyah Saqr, Islam wa Musykilatul Hayah (Islam dan permasalahan Hidup)
3. Ibn Qayyim alJauziah, raudhah al muhibbin wa Nuzhah al Musytaqin (taman orang-orang bercinta dan kerinduan


Wanita....

6 PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.


Friday, August 7, 2009

aKtiViti Sem Lepas

Ge mENGIkUTI aKTiViTi Program Anjuran Kelab Kaunseling & Kerjaya......
di.....

My Group.....



Wednesday, August 5, 2009

TiDo tiMe.....





KuCinG....






iNi lah kucing yg selalu menyibuk kat bilik.....

Wednesday, July 15, 2009

Sudah bermula sesi kelas di sem yg baru

Aduh....sakit kepala kelas sudah bermula.....jadual yg penuh dan ada juga pertukaran masa di saat- saat akhir...Sem ne jugak la PSM sudah bermula...itu satu lg cabaran bagi pelajar yg mengambil ijazah...... Inilah dugaan bagi ku di saat-saat berada di tahun akhir.....Last year yg mencabar.. harap saya boleh hadapi dan tempuh dgn sabar dan tenang.. seperti kata sahabatku Aina tenang dan berfikir...Saya juga berharap sahabat-sahabat dapat memberi dorongan dan galakkan untuk menempuhi cabaran tahun ahkir ne..... Ya Allah bantulah hambamu ini......amin.....

Saturday, July 11, 2009

Wanita....



1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang
ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala
jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang
dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang
akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan
"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada
siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada
malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
(2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
mendapat pahala80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk
menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup
dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga
sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat
hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang
belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada
kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika
ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab
dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa
pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa
Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam
mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman,
bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang
tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang
memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,
dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.
Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam
tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,
kaki, badan,dan sebagainya... .

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang
menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah -
mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan
memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam
dalam erti kata yang sebenarnya.
Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat
jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik
dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,
lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar
dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan
menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya
bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan
baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia
menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat
kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan
jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap
juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya
tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta
suaminya".
Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa
yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa
kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya
kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada
kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya,
seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama
sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.

Thursday, July 9, 2009

Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w. t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s. w. t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yang takutkan Allah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s. w. t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s. a. w, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.

Wednesday, July 1, 2009

Cerita Lawak Edisi 4

Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung.. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya.





Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn. Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.

"Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.

"Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!" kata Usin membodek Amat. "Tapi... .kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi.

"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

"Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada Amat.

Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

"Usinnnnnnnnnn! !!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat. " Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin.

"Tipu apa plak " tanya Usin bingung.

"Kau kata 18thn!!!!" balas Amat.

"La... bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn... tapi dia dah menjanda 18thn!!!"

"Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu! !!!!!!!"

Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan
ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.

Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza
tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih
pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak
kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi
tanpa henti.

Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan
tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti
orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.

Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu
sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu
tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.
Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat
menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki
dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu
tunggal kesayangannya itu.

Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan
masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.

Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat
gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi
luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa
kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat
perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam
namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu
itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.

Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan,
biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka,
perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

ImageSebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba
perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di
depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa
mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan
perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.

Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai
imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza . Aku seorang
yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau
terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza , beri
kepada penduduk di sana ."

Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun
keberatan untuk menerima.. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke
Gaza , soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula
bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah
apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.

"Tolonglah.. bawalah lembu ini ke Gaza . Inilah saja yang aku ada. Aku
ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu.
Imam tadi masih keberatan.Masing- masing jemaah berkata-kata dan
berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan
lembu tuanya itu.

Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun
tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi
seketika suasana.

Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak
mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000
riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza .

Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu
kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu
namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.

Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh
lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi
sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan
ke Gaza ?"

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan
anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu
pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang
mereka untuk dikumpulkan.

Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan
untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh,
apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.

Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin
itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00) !

Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan
penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis,
setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat
membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada
perempuan tua itu.

"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah
500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.

"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan
kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami
hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan
tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu
untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya
tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang
banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta'
yang ada. Subhanallah.

Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa
mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang
daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam
yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba
payah dan serba kekurangan.- azm

(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am
PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang
dipaparkan di sebuah majalah Arab)

KENAPA PEREMPUAN CANTIK APABILA MEMAKAI TUDUNG


1.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK TUTUP AURAT

2.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA JAGA MARUAH DIRI DIA

3.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA CANTIK

4.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA

5.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA ANAK SOLEHAH

6.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA

7.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA HORMATI ORANG LAIN

8.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG.. ORG TENGOK DIACANTIK. DAN DIA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA

9.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT

10.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN

11.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK DAPAT PAHALA

12.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT

13.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH PADA POMPUAN LAIN

14.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JE YANG SUKE DIA

15.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DENGAR SURUHAN NABI



16.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI

17.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA..JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)

18.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK


"JADI POMPUAN DILUAR SANA BERAMAI-RAMAILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUT PERINTAHNYA"

Saturday, May 30, 2009

Balik Kampung

Gembiranya dapat juga akhirnya balik kampung selepas selesai semua aktiviti kat U... lega rasanya.. sekarang ne dapat la rehat2 kan diri kat kampung.....

Friday, May 8, 2009

Cerita Lawak Edisi 3

Nenek oh Nenek

Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin nak jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Abu kepada neneknya. Sambil duduk menungu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk. Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek, abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi," Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata, " Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya, kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."

Thursday, May 7, 2009

Cerita Lawak Edisi 2

Datang Lambat

Cikgu Aiman hairan kenapa Aiman datang lambat hari tu.....
"Aiman kenapa datang lambat ?"
"Kerana papan tanda cikgu" jawab Aiman selamba.....
" Apahal pula dengan papan tanda tu?" tanya cikgunya lagi.
AWAS SEKOLAH DI HADAPAN, PERLAHAN-LAHAN.

Cerita Lawak Edisi 1

Salam semua kali ini saya nak bagi semua baca koleksi cerita lawak yang saya ada...semoga semua boleh hilangkan stress selepas baca cerita lawak ne.............

Diam Ketika Makan

Sebuah keluarga yang terdiri dari dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama....

Anak : "Ayah, di....."
Ayah : "Diam ! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"

Setelah selesai makan........

Ayah : "Nak , waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : " Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat !"

Thursday, April 23, 2009

Apa anda harus katakan jika....

1.Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?" Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat pulak hari nie ye"

2.Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan
sebilik anda bertanyer: "Ko nak mandi ke ?" Jawab:
"Taklah aku nak pi main layang-layang
kejap,ko nak join?"

3.Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:"Aik?
Tulis surat nampak?" Jawab: "Oh ye ke? Aku tak prasan
ah... tangan aku bergerak sendiri" Lepas tu
jotos dia dgn jotosan yg berpower lagik brutal dan
sambung "ah tu kan dia jln sendiri, aku tak tahu tau"

4.Anda sedang makan nasik dan orang tegur: "Makan
nasik?" Jawab: " Mater ko buter ke per? Kan aku tengah
minum teh ais nie?"

5.Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balek dari keje?"
Jawab: "Taklah, saya dari rumah, nak pi kerjer lah
nie... opis saya dah pindah kat rumah.. dan rumah saya
dah pindah kat opis"

6.Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat
menegur: "Eh kau sibuk ke?" Jawab : Takyah jawab,
peratikan muker dia pastu lempang siket pipi dia.

7.Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda
datang lalu bertanyer:"Eh citer melayu ke?" Jawab:
"Bukanlah, nie kan citer Otromen Toro menentang Raksaser
dari Planet X... kao tunggu jap nanti otromen kuar".

Wednesday, April 15, 2009

aKtiViTi 14.04.2009

Sambung kembali lembaran hari-hari hidup ku…..em… hari semalam tanggal 14/4/2009 saya telah mengukuti satu Program Lawatan ke Cubic Elektronik, Ayer Keroh, Melaka.Lawatan ne anjuran kelab yang saya joint kat Universiti……Kelab Keusahawanan & Teknologi atau nama ringkasnya (KKDT) dengan kerjasama Pusat Tekno Usahawan (TEC) UTHM.

Bersama kawan-kawan dan saya yang telah pergi ke sana adalah Prof. Madya Nawawi Bin Jusoh dan Puan Suzatini Binti Muhammad. Kedua-dua mereka ne baik sangat-sangat. Mula-mula tu takut juga sebab x kenal mereka lagi. Rupa-rupanya bila da kenal lain plak jadinya. Yang pergi ke sana hanya 20 orang je, lagi terkejut saya bila da pergi sana naik je bas 4 orang je perempuan. Rasa geram sebab sebelum tu saya dimaklumkan oleh salah seorang AJK program ramai juga perempuan rupa-rupanya 4 orang je….eeeeee…..rasa mcm nak tumbuk-tumbuk je dia.. sebab sya da kenal dia berani la nak buat mcm tu lau x…..x berani jugak..heheheheh

Eh, da banyak cerita lupa plak nak beritahu yang saya ne pun salah seorang dari AJK program….heheheheh maaf ye….x sengaja mcm mana boleh lupa…Kami bertolak pukul 7 pagi, smpai di sana lebih kurang pukul 10 pagi dan pulang pukul 6.30….lama tau kami ge sana. Tapi x mengapa sebab banyak pengalaman yang dapat kat sana. Kami juga berkesempatan berkenalan dengan Naib Pengarah Cubic Elektronik Sdn.Bhd..rasa bertuah sangat dapat berkenalan dengan Mr. Mahalingam Maniam. Malah bukan itu sahaja saya juga merasa bertuah dapat berkenalan dengan Pn Zuraidah, En. Sarman, Ms Winnie, Ms Tee dan semua pekerja-pekerja yang telah menguruskan kami di sana… rasa mcm nk ge je sana lagi… dan tambahan kami merupakan The 1st hand-on Industry-University recognition kat syarikat mereka….ada juga rasa bangga dapat sertai program ne….

Sampai-sampai je kami dialu-alukan masuk ke dewan, dan sedikit ucapan dari puan Zuraidah untuk memperkenalkan kami Cubic Elektronik Sdn.Bhd. Semasa penerangan Puan Zuraidah, dia juga ada menceritakan bahawa syarikat mereka ada menyediakan satu program bagi fresh graduates lepasan engineering yang mana mereka diberikan pendedahan terhadap dunia pekerjaan yang sebenar di dalam industri… mereka di beri latihan selama 6 bulan… kepada sesiapa yang bakal-bakal nak jadi engineer atau nak sangat-sangat jadi engineer tapi yang berkelayakkan lepasan diploma dengan ijazah sahaja tau boleh la lawati laman web www.cubicgrp.com dan boleh email kat mereka di learn@cil.cubicgrp.com. Tak pn boleh telefon terus di nombor 06-251 288 atau hunting line 06-251 2902 / 2512907. Kat sana akan diberikan lebih banyak penerangan apa yang korang nak tahu…

Selepas tu kami di jemput minum pagi….baru je sebelum sampai sana kami singgah dikedai yang berdekatan untuk sarapan pagi, semua wat muka….tapi saya x pn sbb sya x makan tadi sbb saya minum je tadi…hehehehe jimat duit saya ….selesai je makan kami trus dibawa masuk di bahagian production untuk kami lihat sendiri bagaimana sesuatu produk itu dihasilkan. Selain itu juga kami juga diberitahu bahawa pekerja di sana juka ingin memohon cuti tidak perlu lagi mengisi borang seperti dahulu, mereka hanya perlu online je…..sekarang ne kan zaman IT….semuanya canggih. Sebenar nya Sayrikat Cubic telah menggunakan sistem (MIS) di dalam sistem pengurusan syarikat….aaaaaa…..mesti semua tertanya-tanya apa itu MIS. Kepada sahabat-sahabat yang ada belajar mesti tahu kan MIS tu ialah Management Information System. Semua pengurusan data-data syarikat menggunakan computer…canggih x….? lau nak tahu lebih lanjut apa itu MIS boleh la cari kat internet…hehehehe… Macam Syarikat Cubic mereka menggunakan sistem e-employee kepada pekerja mereka….sebenarnya banyak lagi tapi susah nak cerita…banyak sangat nnti penuh page pulak…hehehehe…

Selesai sahaja, kami kembali semula ke dewan untuk tea break…….makan lagi…hehehe….lau mcm ne la tiap-tiap hari boleh gemuk…..hehehehe…. Selesai je minum kami dibawa ke suatu bilik lain dimana untuk masuk kelas Theory Training kimi do berikn penerangan dan pendedahan tentang apa itu audio loudspeakers/design/setup sharing. Macam-macam yang diberitahu oleh En Sik Chong Weai… En.Sik merupakan salah seorang engineer kat Cubic ne, dia memang mahir dalam bidang audio ne sehinggakan beliau memasang sendiri speaker kat dalam kereta nya . dan dia juga ada menceritakan yang mana beliau ada pelbagai jenis set audio dirumah nya dan siap ada bilik khas lagi tu…dan isteri dan anak-anak nya x boleh masuk…dasyat tu….dia kata takut dirosakkan oleh mereka….ishk-iskh…dengan alasan sbb mahal seperti yang diberitahu harganya beribu-ribu… selain itu dia juga ada menceritakan pengalamanya belajar di luar Negara, dan semasa beliau belajar telinganya di insurance beribu-ribu sbb dia terpaksa menggunakan telinganya untuk mendengar pelbagai tahap bunyi yang mana boleh merosakkan gegendang telinga. Macam-macam lau nk cerita pasal En Sik mmg x habis….dia juga seorang yang kelakar sbb tu x kan abis….hehehehe sikit-sikit je la ye..

Semasa berada di sana saya banyak dapat pengalaman yang baru maklum la saya ne x pernah masuk kilang….macam macam yang saya perolehi….sebab selama ini belajar di kelas hanya belajar teori…..dan bila masuk kilang semuanya dapat lihat sendiri dengan mata….baru la puas…Cubic Elektronik ne mengeluarkan produk-produk elektrik seperti speaker, mp3, mp4, handphone pun ada jenama minimos kalau x silap saya la semalam saya ada lihat…. Akhir sekali nak beritahu apa yang penti lawatan kali ne memang BEST…………….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...