Wednesday, April 20, 2011

Bengkel Aqil Baligh Untuk Anak Lelaki & Perempuan

Jemputan Bengkel Aqil Baligh Lelaki & Perempuan

YaNa dapat 1 informasi yg bagus untuk para ibu bapa neberikan pendedahan awl kepada anak-anak...


491

Bengkel Aqil Baligh untuk remaja lelaki berumur 12-15 tahun dan remaja perempuan berumur 10-13 tahun akan diadakan pada Ahad, 24 April 2011. Kedua-dua sesi tersebut akan diadakan serentak di Dewan Kuliah 1 dan Dewan Kuliah 2 Pusat Perubatan UKM (PPUKM) Cheras.

Di dalam bengkel ini, peserta akan didedahkan mengenai perubahan emosi dan fizikal serta kesihatan reproduktif mereka, tanggungjawab agama sesudah baligh, dan mengenai perhubungan di antara lelaki-perempuan berlandaskan syariat.

Di dalam masyarakat kita topik-topik tersebut masih lagi jarang dibincangkan di antara anak dan ibubapa, oleh itu, kami turut menggalakkan ibu bapa menyertai bengkel ini bersama-sama anak mereka dengan harapan selepas menghadiri bengkel ini, kedua-dua pihak tidak kekok membincangkan topik-topik tersebut bersama.

Untuk maklumat lanjut mengenai bengkel ini, sila hubungi 03-4256 6810, atau e-mel ke khalifahproject@yahoo.com.

Anda juga boleh lawati event page Bengkel Aqil Baligh Lelaki http://www.facebook.com/event.php?eid=111184018964282 dan Bengkel Aqil Baligh Perempuan http://www.facebook.com/event.php?eid=205867289431616.

BENGKEL LELAKI

492

PENCERAMAH

  • Dr. Kamarul Azahar Mohd Razali (Pakar Runding Kanan Pediatrik & Penyakit Berjangkit, Institut Paediatrik, Hospital Kuala Lumpur)
  • Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam Training & Consultancy)
  • Saudara Muhammad Qayyum Abdul Raof (Trainer, Khalifah Institute)

BENGKEL PEREMPUAN

515

PENCERAMAH

  • Dr. Ariza Mohamad (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Ampang Puteri; Penulis buku "Ibu Dibelai Anak Dibuai")
  • Dr. Alini Marzuki (Konsultan dan Trainer, Khalifah Institute)
  • Pn Hanani Saman (Pengasas Tadika Dzul Iman, Trainer Khalifah Institute)

FASILITATOR

- Sukarelawan Khalifah Youth Circle (KYC)

YURAN

RM100.00 seorang (anak)

RM80.00 seorang (ibu/bapa)

Harap dapat berjumpa anda pada 24 April ini!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Tuesday, April 19, 2011

.....PesTa BuKu...

yes2 hari sbtu ne ge book fair....semunye kerana kawan saya ne Cik Hazia (penulis novel) nk bertemu peminat... so kawan2 dia kene teman...termasuklah yana, cik bariah. dan jugak kak cik(fifi)..

kawan yana ne nama pena dia iMan NizriNa...noVel jOdOh @ cinTa....cik AZ....dia akan trn dr kUcHinG kE klia ....so sama la kite enjoi...ye kawan2...Agak lama da Kite x jumpe ne....



Monday, April 18, 2011

SAJAK AMINAH QUTB BUAT BAKAL SUAMI

Sekiranya kita cinta kepada manusia , tidak semestinya manusia cinta kepada kita, tetapi sekiranya kita cinta kepada ALLAH, nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yan g kita cintai, tetapi sekiranya kita cinta kepada ALLAH, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada ALLAH juga.Ya ALLAH, andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan olehMU kepada ku, maka campakkanlah ke dalam hatiku cinta kepadanya adalah keranaMU dan campakkanlah ke dalam hatinya cinta kepadaku adalah keranaMU, namun andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMU kepadaku, berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang KAU berikan kepadaku <3 ~Ameeenn..

Aku tak mahu risau akan jodohku lagi. ALLAH sudah menetapkan siapa jodohku. Andai ada, maka aku menerimanya, andai tiada, maka pasti ada hikmah teristimewa buat diriku.

Disangka Wanita Muslim, Biarawati Diusir dari Pesawat

Hidayatullah.com—Inilah akibatnya jika sikap kebencian dan paranoid terhadap Muslim. Seorang biarawati Katolik diusir dari pesawat kerana disangka seorang Muslimah yang menggunakan jilbab.

Sister Cora-Ann, biarawati Katolik dari Biara Our Lady of Grace di Dayton, Ohio mendapat kejutan dalam hidupnya, ketika ia diminta untuk meninggalkan pesawat yang baru saja dia naiki di Lapangan Terbang Internasional Omaha.

“Aku baru saja duduk di kerusiku dan mulai berterima kasih pada Tuhan dan tengah membaca doa dalam bahasa Latin,” dia ingat, ketika salah seorang penumpang yang duduk di sampingnya memanggil seorang pramugari. Penumpang itu bernama Elizabeth Bennet, dan kemudian mengatakan, “Bukannya kami berprasangka buruk, tapi dia memang nampak mencurigakan. Dia berpakaian dalam jubah Muslim dan tepat sebelum pesawat lepas landas, dia mulai menggumamkan sesuatu dalam bahasa yang terdengar seperti bahasa Arab atau bahasa Taliban. Apa yang harus aku lakukan?”

Damien Thorn adalah penumpang yang duduk dikerusi berdampingan mengatakan; “Saya tahu ada sesuatu menyeramkan mengenainya, saat dia masuk ke pesawat, dia memakai pakaian burqa sebagaimana Anda melihat wanita Iran, dia hanya hanya membawa sebuat tas kecil.” Pramugari akhirnya menanggapi panggilan dan menanyakan pada Sister Cora namanya, boarding pass, foto identitasnya.

Blanche Dubois seorang penumpang lain yang tengah duduk di dekat Sister Cora-Ann ikut menjelaskan, “Setelah aku mendengar namanya terdengar seperti al-Qur’an, aku menjadi merasa khuatir. Itu bukan bererti ada yang salah denganku kan? Aku hanya tidak mahu mati. Aku sangat takut sehingga langsung meneriakkan namanya ke semua penumpang.”

Baggins, mengatakan, dia pernah mendengar bahawa kaum Muslim tidak makan daging. “Aku tidak mengira bahawa dia adalah Muslim dan untuk membantunya, aku memberikan beberapa daging milikku dan meminta wanita itu memakannya untuk membuktikan bahwa dia bukan Muslim.”

Namun Sister Cora-Ann menolak dengan sopan dan mengingatkan penumpang lain bahawa itu adalah pra-paskah, di mana umat Katolik sering berpantang makan daging. Kerusuhan di pesawat terus berkembang, kerana sebahagian besar penumpang sekarang yakin bahwa Sister Cora-Ann adalah seorang Muslim mereka akhirnya menuntut Sister Cora-Ann segera meninggalkan pesawat.

“Saya tidak ingin menimbulkan penderitaan terhadap sesama manusia apapun, jadi aku meninggalkan pesawat,” katanya.

“Kami sangat senang boleh melanjutkan perjalanan,” ujar Baggins. “Setelah dia turun dari pesawat, beban besar rasanya seperti terangkat dari bahu kami,” tambahnya.
Rupanya, di dalam pesawat memang ada seorang penumpang Muslim dengan nama Abdullah Abdullah, yang duduk di deret belakang no 23.

“Tentu saja aku tahu bahwa dia adalah seorang sister Katolik dan bukan Muslim, kerana aku pernah pergi ke sekolah Katolik dan guru kesayangan saya adalah beberapa biarawati Katolik.”

Abdullah melanjutkan, “Tapi jujur, jika kau seorang Muslim di dalam pesawat dan seseorang diminta untuk turun, hal terbaik yang dapat dilakukan adalah tetap diam dan nikmati pertunjukan!”. Nah, beginilah akibatnya jika sikap kebencian terhadap kaum Muslim berlebih-lebihan.*



Friday, April 15, 2011

Mengenali kelemahan lelaki

Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita.Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berhadapan dengan Cleopatra.Mark Anthony,ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ketangan Cleopatra.Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita.Begitu nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki.Sekuat manapun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut wanita.Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita,padahal dia terkenal perkasa.Di medan pertempuran ,dia boleh membunuh begitu ramai musuh,tetapi berhadapan dengan wanita,hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikian hebatnya wanita.Anda amat berkuasa dan perkasa.
Tolong gunakanlah kekuasaan anda untuk membantu membangunkan lelaki.Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki.Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu,apatah lagi jika nafsunya sedang bergolak atau rasa kecintaannya sedang memuncak,dia sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seorang wanita di sisinya mungkin isteri,ibu,anak,kakak atau makciknya.Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita,mungkin pada kedudukan-kedudukan serupa.

Jika anda cantik danpandai memujuk rayu ,gunakanlah kecantikkan anda dan kelebihan yang di anugerahkan ALLAH itu untuk memperkasakan lelaki.Lelaki memang sudah sediakalanya perkasa tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda.Sebaliknya dia boleh mencipta sejarah kebodohannya dengan peranan yang anda mainkan.

Lelaki di kurniakan lebih akal tetapi kurang nafsu.Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara.Maka lelaki lebih mudah liar daripada wanitaNafsu lelaki lebih terarah kepada keghairahannya terhadap wanita.Mereka tidak peduli berapa banyak pakaian yang dia ada,tidak begitu kisah dengan perhiasan rumahnya kerana nafsunya tidak terarah kesitu tetapi bila sebut syahwat mereka akan teransang sebab yang satu itu sentiasa kearah ke sana.

Oleh itu wahai wanita kasihanilah makhluk lelaki.Mereka itu lemah dalam perkasa.Usah digoda mereka nanti dia terlupa anak isterinya,ibunya dikampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.



Kucing TiRu Aksi Baby




Kucing yang suka membaca





Syoknya.... kucing ni



miaw ne tido atas tuan di....

Wednesday, April 13, 2011

Apa yang lelaki suka pada wanita?

Kebanyakan Lelaki Suka Apabila Seorang Wanita Disisinya Itu :

  • Sikap yang kelakar
  • Berbudi pekerti dan kesopanan
  • Murah hati
  • Senyuman manja
  • Pandai memasak
  • Pandai dalam mengenakan pakaian
  • Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
  • Tak mudah naik angin
  • Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
  • Tak terlalu seksi dalam berpakaian
  • Tidak berkira
  • Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
  • Berwawasan atau bercita-cita tinggi
  • Mempunyai keyakinan diri yg tinggi
  • Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
  • Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
  • Tak berleter
  • Menyediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
  • Wanita yg mengambil berat tentang lelaki
  • Sikap keibuan
  • Sukakan kanak-kanak
  • Suara lembut tanpa dibuat2
  • Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
  • boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat dan memberi sokongan moral dlm apa jua usaha yg dilakukan lelaki
  • tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
  • tahu bersyukur dan pandai berjimat-cermat
  • tak mengharapkan lelaki dalam semua hal




Lelaki TIDAK Suka Wanita Yang :

  • Wanita yang suka mengumpat
  • sombong dan bongkak
  • menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
  • menghisap rokok
  • Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
  • wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapatkan perhatian
  • wanita yang hipokrit
  • pembohong dan suka mencari alasan
  • terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
  • sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan
  • hubungan mereka
  • kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  • pengotor dan pemalas
  • tak bertanggungjawab langsung
  • tak pandai mengemas
  • terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan
  • pergaulan
  • kuat berleter walau hal remeh temeh
  • boros berbelanja
  • tak tahu memasak
  • sikap manja yg terlalu menyakitkan hati serta “Queen Control” atau suka mengarah
  • tak pandai bergaya atau selekeh
  • suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
  • suka mengungkit hal-hal lalu
  • panas- baran serta kuat merajuk dan sukar dipujuk
  • terlalu pendiam sehingga susah utk berkomunikasi
  • tak mahu mengakui kesilapan dan ego
Perempuan juga tidak suka jika seseorang lelaki itu mempunyai sifat-sifat negatif.



Thursday, April 7, 2011

wanita Belanda memakai tudung yang memperkenalkan Islam ke Dunia

Belanda mempunyai parti politik yang anti Islam tetapi ada seorang remaja di negara itu memakai bertudung mewakili negeri ini di forum muda PBB iaitu Elsa van de Loo .Dia akan berpidato di depan Majlis Umum PBB atas nama Belanda. Dia akan mendesak perhatian pemimpin dunia perlunya 'Air Sebagai Hak Asasi Setiap Individu.'


Penampilan Elsa langsung menarik perhatian kerana dia mengenakan tudung. Setelah 'mencari' selama lima tahun, akhirnya memeluk Islam, dua tahun lalu.

Mahasiswi Fakulti Hukum Universiti Amsterdam itu tidak kesulitan hidup sebagai muslimah di Belanda. Dia sama sekali tidak merasa perbezaan perlakuan dari sesama kaum muda.


"Dalam kehidupan bermasyarakat, di luar politik sebenarnya kaum muda sangat-sangat toleran. Bahkan terbuka dan mereka boleh menghormati pilihan individu," ungkap Elsa mengenai pengalamannya hidup di kota besar Haarlem dan kuliah di Amsterdam. "Mungkin tanggapannya akan sedikit berbeza kalau saya tinggal di pedesaan. Tapi pengalaman saja sejauh ini baik-baik saja."

Gadis 22 tahun itu merasa Belanda sebagai negeri Multi Culture, dihuni penduduk berbagai latar belakang budaya dan agama, sehingga memunculkan kaum muda yang sangat toleran terhadap kaum muslim.

Elsa mencontohkan kesuksesannya memenangkanpertandingan pemilihan wakil forum muda PBB. "Pertandingan itu ditentukan oleh perolehan suara. Dan saya mendapat sokongan paling banyak dari kaum muda Belanda. Padahal saya satu-satunya yang pakai tudung."

Gadis campuran Belanda-Republik Dominica itu menilai bahawa agama jangan sampai menjadi penghalang dalam memperjuangkan sebuah visi 'hak-hak asasi manusia.' "Mungkin tidak semua orang nyaman dengan penampilan saya, tapi saya mewakili semua kaum muda Belanda."

Air Hak Asasi
Ia menekankan pentingnya air. "Satu juta penduduk bumi tidak punya akses air bersih. Akibatnya banyak kematian bayi." Menurut Elsa, masalah air harus diperhatikan secara serius. Penggunaan air merupakan tanggungjawab semua orang, pemerintah dan juga PBB. "Kerana kalau tidak diurus dengan baik maka air menjadi sumber konflik."


Kanak-kanak 2 tahun bantu ibunya bersalin

Baru berusia dua tahun, Jeremiha Taylor sudah membuat ibunya bangga. Dia tampil sebagai pahlawan saat membantu ibu melahirkan adiknya, Kamron.

Bobbye Favazza, mengatakan bahawa kelahiran anaknya yang ketiga ternyata lebih cepat dari perkiraan. Doktor sudah menjadualkan Bobbye untuk bersalin lewat bedah caesar di hospital setempat pada 6 Disember .

Namun air ketuban Bobbye pecah. Ibu berusia 27 tahun itu menelefon “911,” namun dia tak tahan menunggu pasukan bantuan dan terasa mahu melahirkan. Persalinan segera itu berlaku di ruang tengah rumah Bobbye.

Ketika melihat ibunya kesusahan, Jeremiha tampil sebagai penyelamat. Kanak-kanak itu dengan segera mengambil sebuah tuala, seperti yang diminta ibunya.

Tak hanya itu, Jeremiha pun mahu berjaga-jaga sambil melihat ibunya berusaha melahirkan adiknya. Tak lama kemudian, Jeremiha menjadi orang pertama yang menyentuh dan menggendong adiknya yang baru lahir. Dia lalu menyerahkan adiknya kepada ibunya dalam keadaan tali pusat masih tersambung.

Pasukan bantuan dari 911 datang setelaht bayi sudah lahir berkat bantuan anak berusia 2 tahun. Kamron pun lahir dengan sihat.

“Dia adalah pahlawan cilik saya,” kata Bobbye ,memandang Jeremiha dengan perasaan bangga. “Sepertinya sketika itu dia sudah tahu apa yang harus dia lakukan,” lanjut Bobbye, yang kini memiliki tiga anak.


bAbY sebiJik mcm PatuNG


Kalau melihat gambarnya memang sebiji macam anak patung..saya petik
dari kosmo online


KEPULAUAN SHEPPEY - Seorang budak perempuan berusia dua tahun di Britain, Abbie King kelihatan seperti anak patung dan bayi berusia enam bulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Abbie menghidap penyakit genetik dinamakan sindrom Russell-Silver yang menyerang seorang bagi setiap 100,000 bayi dan menyebabkan tumbesarannya terhenti.

Walaupun tingginya 0.6 meter dan beratnya tidak sampai 6.3 kilogram, Abbie boleh berjalan, ketawa, bermain dan meragam seperti kanak-kanak biasa.

"Apabila saya mengetahui bahawa tumbesaran Abbie terbantut, saya bimbang dia tidak akan dapat menjalani kehidupan normal," kata ibunya, Emma Smith, 29, seorang bekas pengasuh dari Kent dekat sini.

"Namun, saya kini lega selepas mendapati dia suka bergaul dan nakal seperti kanak-kanak lain," tambahnya. - Agensi





....ada jugak perempuan mcm ne........


SEOUL - Sebuah program TV di Seoul menghadirkan seorang wanita cantik yang memiliki kebiasaan yang sama sekali tidak sesuai dengan parasnya. Ji Hyun Ji (20), mengaku sudah 10 tahun tidak mengosok giginya, sebagaimana dilapor Strait Times, Rabu (6/4/2011).

Ji berkata bahawa kali terakhir dia gosok gigi sekitar satu dekad lalu, ketika ibunya memaksa Ji mengosok gigi, pada ketika itu pun ibunya yang tolong mengosokkan gigi Ji.

Bahkan ia merasa heran mengapa orang-orang mengosok gigi.

"Saya tidak mengerti kenapa orang-orang rajin mengosok giginya, seperti orang lain perduli terhadap apa yang ada di dalam mulutnya," ujar Ji.

"Bagi saya, makanan-makanan yang menempel pada gigi dapat melindungi gigi saya,"

Ia pun hanya sesekali membersihkan giginya menggunakan tisu ketika ada acara yang menurutnya spesial.

Program TV itu pun turut mengundang satu pasukan ahli gigi untuk memeriksa keadaan gigi Ji.

Para ahli doktor gigi itu pun menganggap memeriksa gigi Ji adalah suatu hal yang luar biasa sepanjang perjalanan kariernya.

Walaupun Ji lupa bagaimana caranya mengosokt gigi yang benar, namun program tersebut berhasil memujuk Ji untuk mengosok giginya.(rhs)

~x sangka yana ada jugak perempuan cmne......x sanggup~

Friday, April 1, 2011

.......SaLinGsApA........

meSti seMua PeLik napE yaNa tulis entri ......SaLingSaPa...
....lau nk taU leBih lanjut sila la baca ye.....


BANDUNG - Walaupun baru berusia 13 tahun, seorang budak lelaki di Indonesia, Muhamad Yahya Harlan ternyata hebat apabila dia mencipta laman jaringan sosial mirip Facebook, lapor akhbar dalam talian, Tribunnews.com semalam.

Laman itu yang dinamakan salingsapa.com dapat disiapkan Muhamad yang belajar di Sekolah Alam Bandung, di sini, dalam masa sebulan.

Konsep salingaapa.com hampir menyerupai Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg dari Amerika Syarikat tetapi Muhamad berkata, laman webnya menampilkan beberapa ciri tambahan.

"Pada awalnya, saya menonton berita tentang ada orang Indonesia yang mencipta laman web seperti Facebook dalam bahasa Indonesia.

"Saya terus terfikir, saya juga boleh mencipta laman web serupa, tetapi lebih baik lagi," kata Muhamad ketika ditemui di sekolahnya kelmarin.

Seterusnya, anak sulung pasangan Yan Harlan, 45, dan isterinya, Fidriana, 37, itu mulai 'mengklik' komputernya untuk merancang ciri-ciri laman sosial yang akan dihasilkan nanti.

Dia turut mendapat bantuan daripada ayahnya yang menyumbang idea tentang ciri-ciri yang diperlukan untuk menghasilkan salingsapa.com.

Kini, kejayaan pelajar cilik itu mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak.

Menurut ibunya, Muhammad membentangkan hasil kerjanya itu di hadapan 12 mahasiswa Institut Teknologi Bandung semalam.

"Harapan kami ialah laman sosial ciptaan anak saya ini akan digunakan untuk tujuan kebaikan," kata ibunya. - Agensi

lau nk tau lbh lanjut lg mengenai laman web sosial ne blh la terus Link Kat
BANDUNG - Walaupun baru berusia 13 tahun, seorang budak lelaki di Indonesia, Muhamad Yahya Harlan ternyata hebat apabila dia mencipta laman jaringan sosial mirip Facebook, lapor akhbar dalam talian, Tribunnews.com semalam.

Laman itu yang dinamakan salingsapa.com dapat disiapkan Muhamad yang belajar di Sekolah Alam Bandung, di sini, dalam masa sebulan.

Konsep salingaapa.com hampir menyerupai Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg dari Amerika Syarikat tetapi Muhamad berkata, laman webnya menampilkan beberapa ciri tambahan.

"Pada awalnya, saya menonton berita tentang ada orang Indonesia yang mencipta laman web seperti Facebook dalam bahasa Indonesia.

"Saya terus terfikir, saya juga boleh mencipta laman web serupa, tetapi lebih baik lagi," kata Muhamad ketika ditemui di sekolahnya kelmarin.

Seterusnya, anak sulung pasangan Yan Harlan, 45, dan isterinya, Fidriana, 37, itu mulai 'mengklik' komputernya untuk merancang ciri-ciri laman sosial yang akan dihasilkan nanti.

Dia turut mendapat bantuan daripada ayahnya yang menyumbang idea tentang ciri-ciri yang diperlukan untuk menghasilkan salingsapa.com.

Kini, kejayaan pelajar cilik itu mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak.

Menurut ibunya, Muhammad membentangkan hasil kerjanya itu di hadapan 12 mahasiswa Institut Teknologi Bandung semalam.

"Harapan kami ialah laman sosial ciptaan anak saya ini akan digunakan untuk tujuan kebaikan," kata ibunya. - Agensi

lau nk dpt info yg lebih lanjut mengenai laman web sosial ne blh terus ke
http://www.salingsapa.com @ blh terus klid kat SiNi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...