Tuesday, July 4, 2017

D'Chef Paste

Hari ne nak yana nak share Syarikat Hai-O ada keluarkan satu produk baru iaitu Paste makanan. Ramai yang da cuba & cakap sedap. Hehehe tp yana belum cuba lg. Nanti yana nak try la jugak. 

Ada 4 jenis paste yang da dikeluarkan iaitu Briyani,Asam pedas,Rendang daging & Turmeric with Garlic. Tak sabar nk rasa semua ne. lagi senang nak masak lepas ne, hehehe maklumla sejenis yang da lama tak masuk dapur... (^_^)
  • Diperbuat daripada ramuan yang bermutu tinggi dan asli.
  • Dirumus dengan 100% herba dan rempah-ratus.
  • Mengandungi serbuk teh hijau yang merupakan sumber antioksidan yang hebat.
  • Tanpa aditif makanan yang berbahaya, pengawet, pewarna dan perisa tiruan.
  • Menjadikan penyediaan masakan Asia lebih mudah dan cepat.
  • Lazat, resepi asli.

Siapa yang nak tray paste ne boleh la order dengan yana ye. Just WA yana (018-2928184). Lau yang dekat area Shah Alam yana boleh COD je kt korang. 

Monday, July 3, 2017

Port Dickson ~ Cuti-cuti Malaysia

Rasa da lama tak mengarang kt blog... Bercuti ke PD ne pn da lama tp baru nk up..hehehe 
Tahun ne i bercuti sakan dengan kawan-kawan..hehehe gambar yg ke Sabah,Sarawak & Brunei pn belum up lg... nti ada masa kte up yekk..heheh bkn nak bg jeles dekat semua. tp nk bg inspirasi kt korang supaya dpt ke sana yg mana belum pernah ge sana..





Syok tau bercuti release tension. ye la kn asyik keje je. Walaupun bercuti kt dalam Malaysia je tetap happy kn..biar pn da bnyk kali ge PD..hehehe janji bercuti tak gitu..hehehe (^_^)

Monday, May 22, 2017

Cozuma CC Cream


Hi semua... Hari ne yana nak cerita tentang topik yang pasti sudah tidak asing lagi dengan produk-produk kosmetik ini: Foundation, BB Cream, CC Cream hingga DD Cream. Tetapi apakah semua masih ada rasa tidak tahu membezakan kelebihan serta kegunaan dari produk-produk tersebut ? sebelum mencuba produk tersebut, ada baiknya mengetahui terlebih dahulu manfaatnya sehingga semua akan lebih mudah dalam memilih yang sesuai . Yana nak share perbezaan dari foundation, BB Cream dan CC Cream…

1. Foundation

Foundation sudah dikenal sejak lama sebagai alas bedak. Ya.. foundation adalah alas bedak yang berbentuk cair atau ada juga yang berbentuk padat. Foundation memiliki tekstur yang kental dan pekat sehingga ia mampu menutupi kekurangan pada wajah dengan sangat baik. Foundation banyak digunakan apabila seseorang ingin tampil dengan make up yang tebal dan tahan lama, karana foundation mampu membuat bedak menjadi lebih awet.Foundation dapat melembabkan wajah yang kering dan meratakan warna kulit yang belang. Foundation memiliki berbagai jenis warna yang dapat digunakan untuk sehari-hari pada jenis kulit yang berbeza. Kerana tingkat coverage-nya sangat tinggi, maka foundation sesuai menjadi pilihan untuk anda yang ingin pergi ke majlis atau acara formal.

2. BB Cream (Blemish Balm / Beauty Balm Cream)

Konsep awal BB cream tercipta pada tahun 1950-an ketika seorang dermatologis asal Jerman bernama Dr. Christine Schrammek menciptakan salep untuk pesakitnya setelah menjalani perawatan pengelupasan kulit wajah. Ternyata krim itu tidak hanya memperhalus dan melindungi kulit, namun juga menutup kemerahan pada wajah. Kemudian produk tersebut dijual ke pasaran dengan nama blemish balm atau BB cream.

BB cream memiliki tekstur lebih ringan dari foundation, namun lebih pekat dibandingkan pelembab berwarna. BB cream kadang mengandung SPF, namun bahan utamanya adalah antioksidan yang membantu melindungi kulit terhadap radikal bebas dan kerusakan dari polusi. BB cream sangat cocok digunakan sehari-hari karena hasilnya sangat alami seperti tidak memakai apapun tapi mampu menutup kekurangan wajah dengan baik. Dengan kata lain BB cream hampir sama fungsi seperti foundation tapi dengan formula yang lebih ringan.

3. CC Cream (Color Correcting / Complexion Corrector)

CC cream atau dikenal sebagai Color Correcting atau Complexion Corrector adalah formula yang lebih ringan dibandingkan BB cream atau foundation pada umumnya. Sebagian besar CC cream memiliki tekstur krim lembut yang sangat ringan dan halus.

Konsep dibalik CC cream adalah menyamarkan perbedaan warna kulit pada wajah, kemerahan dan hiperpigmentasi dengan menambahkan bahan lycopene untuk membantu mengurangi kemerahan dan memberikan nutrisi vitamin C agar wajah tampak bercahaya.

Jika anda memiliki masalah wajah, seperti warna kulit yang tidak rata, garis-garis halus, kerutan, atau kemerahan dan iritasi, produk CC cream dapat membantu dan hasilnya bisa lebih efektif dibandingkan BB cream.

MEMILIH PRODUK TEPAT BERDASARKAN USIA

Untuk mendapat produk yang tepat untuk wajah bukanlah hal yang mudah. Terdapat berbagai produk dengan berbagai formula yang ditawarkan. Mengetahui apa yang sesuai untuk kulit wajah anda dan memahami manfaat dari tiap jenis produk menjadi kunci pemilihan yang tepat.

BB cream dan CC cream merupakan dua produk yang berbeza . BB cream sesuai untuk golongann usia yang lebih muda, Sebuah ulasan menyebutkan BB cream tidak menutupi pori-pori atau memperburuk permasalahan yang ada pada kulit wajah, mahupun tidak memperbaiki secaras signifikan.

Sementara CC cream membantu mengatasi berbagai masalah kulit wajah secara menyeluruh, seperti kemerahan atau pigmentasi, tapi tidak seberat sebagaimana alas bedak. Sesuai kulit orang yang lebih dewasa dengan kondisi yang semacam itu.

Salah satu cara yang dapat Anda lakukan untuk aplikasikan CC cream adalah dengan menggunakannya sebagai lapisan pertama sebelum menggunakan foundation. Dengan ini, Anda dapat menampilkan warna kulit yang indah sekaligus memberikan manfaat anti-penuaan dan menjaga kelembapan wajah. Sedikit bedak ditambahkan di atas lapisan CC cream pada wajah untuk memberikan tampilan sempurna yang akan bertahan sepanjang hari.

Sekarang Anda sudah mengetahui apa yang membezakan antara BB cream dan CC cream. Semoga tidak sukar lagi mencari apa yang anda perlukan . Cubalah beberapa jenis produk pada kulit Anda untuk melihat mana yang terbaik untuk Anda gunakan, tekstur mana yang paling tepat, dan jangan lupa untuk membaca kandungan bahan-bahannya.




Kenapa Yana pilih Cozuma CC Cream.


1. Krim Ringan, Liputan Hebat untuk Kulit yang Halus.

Tekstur yang ringan membenarkan sapuan yang lancar dan menjanjikan liputan yang sangat hebat. Cozuma CC Cream adalah terbaik kerana ia tidak akan menyumbatkan liang roma anda seperti bedak asas yang lain!


2. Kulit Cerah dan Bersinar

Krim bertekstur ringan bak sutera ini meresap ke dalam kulit anda dengan sempurna dan mencerahkan kulit anda dengan segera! Selain itu, ekstrak Licorice dan Vitamin C mencerahkan tona kulit anda hari demi hari apabila digunakan setiap hari!


3. Kawalan Kulit Berminyak

Bosan kerana asyik menggunakan kertas lap minyak selepas memakai bedak asas atau solekan? gunakan Cozuma CC Cream dan kekal bebas kilatan sepanjang hari!


4. Pelembapan dan Penghidratan yang berpanjangan

Estrak Aloe Vera menyediakan penghidratan hebat sepanjang hari, menjadikan kulit anda halus dan lembut!


5. Anti-Radang

Tiada lagi kulit sensitif! Terima kasih kepada esktrak bunga Marigold dan esktrak Manggis!


Banyak sangat kelebihan lagi kelebihan Cozuma CC Cream ni tidak terlalu berat dan tidak berminyak. Senang dicuci jika ingin solat. 

*Untuk pertanyaan dan pembelian uolss boleh contact Yana terus +60182928184

Monday, April 3, 2017

Cat for Adoption

Siapa yang nak kucing boleh PM/WA (yana) 018-292 8184 . Yana nak bg free je



 Yang ne mak dia

#adoptcat #cat #kucing #adoptionfreecatmalaysia #adoptionfreecat #adop #catmalaysia #kucingcomel #catforadoption #selangor #wargaselangor #wargashahalam


Monday, January 16, 2017

Serbuk Pencuci Pekat Eziclean


Hai semua, macam mana cuti hujung minggu korang baru ne. Mesti best kan.. hehehe yana ge kenduri aqiqah kawan je hari sabtu baru ne & hari ahad rehat di rumah sahaja. 

Ok, hari ne yana nak share satu lagi produk dari Hai-O. Mesti  ada lagi yang tak tahu Hai-O pun ada keluarkan sabun serbuk pencuci kan. Produk ne da lama & ramai yang da tahu kebaikannye. Banyak tau kebaikan sabun basuh ne. Sebelum ne yana da ada share tentang Serbuk Pencuci Pekat Eziclean ne. Tapi tak mengapa,hari ne yana share lagi (^_^)

Serbuk pencuci pekat Eziclean dirumus dengan sistem serbuk pencuci yang unik dan mesra alam. Ia mengandungi pencegah karat dan bahan anti-endapan semula. Produk ini mempunyai natrium tripolifosfat, 3 jenis enzim, pencerah optik, kurang berbuih dan pekat formulanya. 

Apakah keistimewaan serbuk pencuci pekat Eziclean?

Ia dirumus dengan sistem serbuk pencuci yang unik, bahan pencegah karat dan bahan anti-endapan semula. 

Adakah serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi sebarang likatan atau Caustic Soda atau buih?

Serbuk pencuci pekat Eziclean tidak mengandungi sebarang likatan atau Caustic Soda. Di samping itu, ia kurang berbuih.

Apakah bau serbuk pencuci pekat Eziclean?

Bau haruman bunga-bungaan.

Adakah serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi pencerah optik?

Ya, serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi pencerah optik untuk memastikan pakaian supaya kekal kelihatan cerah dan baru.


RAMUAN UTAMA / KELEBIHAN

*Rumusan Dwienzim: Amat berkesan untuk menyingkirkan kotoran yang mengandungi protein dan kanji seperti telur, kuah, darah, coklat dan sebagainya.

*Formula anti-bakteria: Mencegah bau busuk dan menyahkuman serta menjadikan kain dan pakaian berbau segar dan bersih.

*Formula anti-karat: Melindungi mesin pembasuh dan pakaian.

*Rumusan kurang buih: Memudahkan pembasuhan dan menjimatkan masa dan air.

*Rumusan tanpa klorin: Sesuai untuk fabrik tiruan dan bahan celupan (tidak disyorkan untuk kain sutera).

CARA PENGGUNAAN

*Mesin pencuci:
Sekiranya kuantiti cucian sederhana, keperluan serbuk pencuci adalah sesudu (20g).
Sekiranya kuantiti cucian banyak, keperluan serbuk pencuci adalah 1 1/2 sudu (30g).

*Cucian tangan:
Sekiranya kuantiti cucian sedikit, keperluan serbuk pencuci adalah 2/3 sudu (15g).
Sekiranya kuantiti cucian sederhana, keperluan serbuk pencuci adalah sesudu (20g).

Bukan sahaja ada serbuk pencuci, malah ada Pencuci Tandas & Lantai Eziclean



Pencuci tandas dan lantai Eziclean adalah bersifat alkali, tidak beracun, dapat menghindarkan serangga-serangga perosak dan menjimatkan kos. Ia mempunyai keharuman yang menyegarkan.

Apakah keistimewaan pencuci tandas dan lantai Eziclean berbanding dengan produk-produk di pasaran?Ia adalah formula beralkali dari USA, di mana ia selamat untuk membasmi kuman dan bakteria yang berbahaya. 


Adakah produk ini bebas daripada membilas?Ya, produk ini bebas daripada membilas. Justeru itu, ia menjimatkan masa dan tenaga di samping berekonomi kerana ia sangat pekat.


Adakah bau pencuci tandas dan lantai Eziclean ini boleh diterima?Ya, ia meninggalkan keharuman yang menyegarkan selepas menggunakannya.


KELEBIHAN

Bersifat alkali, tidak beracun, dapat menghindarkan serangga-serangga perosak dan menjimatkan kos. Ia mempunyai keharuman yang menyegarkan.

CARA PENGGUNAAN

Cucian tandas:
Picitkan Pencuci Tandas & Lantai Eziclean ke sekeliling mangkuk tandas dan biarkan selama 5 minit sebelum dicuci dengan air. Picit ke sekeliling untuk tujuan bilik tandas keharuman.

Cucian lantai:
Campurkan 1 hingga 2 penutup Eziclean dengan 4 liter air untuk mengelap lantai. Tidak perlu dibilas dengan air.

Lain-lain:Campurkan sukatan ke dalam air untuk mencuci perkakas-perkakas rumah dan pejabat.

Selain tu, Pencuci Pinggan pun ada, Hehehe semua ada bukan setakat produk kesihatan,kecantikan & penjagaan diri sahaja. Produk untuk kediaman pun ada. 



Pencuci pinggan pekat Eziclean mengandungi campuran bahan terbiodegradasi dan ramuan aktif yang lain. Ia berkesan untuk mencuci pinggan mangkuk dan perkakas dapur. Produk ini sangat pekat dan penggunaannya berekonomi. Ia merupakan formulasi istimewa yang memudahkan pembilasan dan memelihara kelembutan tangan.

Apakah ciri-ciri utama bagi pencuci pinggan pekat Eziclean?
Ia mengandungi campuran bahan terbiodegradasi dan ramuan aktif yang lain di samping berkesan untuk mencuci pinggan mangkuk dan perkakas dapur.

Adakah ia berharga mahal?
Tidak, ia sangat berekonomi kerana ia pekat.

Adakah pencuci pinggan pekat Eziclean memelihara kelembutan tangan dan senang dibilas selepas menggunakannya?
Ya, ia memelihara kelembutan tangan dan diformulasikan khas untuk senang dibilas.
KELEBIHAN

*Berkesan untuk mencuci pinggan mangkuk dan perkakas dapur.
*Menjadikan pinggan mangkuk bersih dan bersinar-sinar.
*Keseimbangan pH yang memelihara kelembutan tangan.
*Haruman ekstrak lemon yang menyegarkan.

CARA PENGAMBILAN

Gunakan botol pencuci pinggan pekat untuk melarutkan sebahagian pencuci pekat dengan 2 bahagian air untuk menghasilkan campuran yang menjimatkan. Namun, anda boleh melarutkan lagi mengikut pilihan anda. Cuci pinggan mangkuk anda dengan span pencuci dan bilas dengan air.

Friday, January 13, 2017

Kebaikan Herba Maharani

Asalamua'laikum & selamat sejahtera semua.... Apa khabar.. harap semua sihat. Ok hari ne yana nak cerita tentang apa Kebaikan Herba Maharani. Sebelum tu yana nak cerita sikit apa itu Herba Maharani ne. Ada diantara kita dah tahu Herba Maharani ne apa tapi bagi yang masih tak tahu yana akan terang kan serba sedikit apa itu Herba Maharani & kebaikan nya.

Ok yang kat bawah ne gambar packaging Herba Maharani ne. Dia satu kotak besar dalam tu ada 6 bekas kecil-kecil merah tu. (^-^) 


Yang warna hitam kecil-kecil tu la Herba Maharani macam gambar kat bawah ne. Lau kita telan pun tak rasa apa sebab texture dia kecil je. So yana yang susah nak telan ubat pun boleh telan, tambah bagi yang mudah nak telan ubat. kacang je tu.. hehehe  


Sebenarnya Pil Herba Maharani ni dah lama dah berada dipasaran tempatan. Cuba korang tanya pada mak korang. Mesti ada sesetengan ibu familiar dengar tentang Pil Herba Maharani ni. Cuma orang dulu-dulu maybe segan skit nak share tentang kebaikkan produk ni, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan hubungan intim suami isteri. Sedangkan pada zaman dahulu kalau anak-anak perempuan yang nak kawin pun dorag tak cakap apa-apa. Cuma pesan jaga suami baik-baik, makan minum tu jangan lupe jaga, jaga maruah suami bila suami tak ada dekat umah. Zaman  sekarang ni da open la skit. Tapi tak de la open bebenor. Sekarang zaman moden anything online je Internet and just google aje. Semua maklumat korang boleh dapat hanya dengan klik aje. Betul tak??? 

Tetapi untuk pengetahuan semua Herba Maharani bukan untuk orang yang dah berkahwin sahaja. Malah anak dara atau yang belum berkahwin pun boleh makan yang bezanya, untuk hubungan suami isteri sama-sama rasa perubahan seperti untuk mendapatkan zuriat, yang jauh kita dekatkan, yang kejap jadi lama, yang lesu jadi bertenaga yang longgar dapat la diketatkan. Harap korang faham la ye. Pil Herba Maharani juga dihasilkan untuk membantu wanita yang ingin hamil, yang mengalami masalah keguguran, yang ingin mempunyai bayi or menambahkan zuriat lagi, mahu dan mempunyai kesihatan dalaman yang baik terutamanya untuk mengukuhkan rahim. 

Bagi yang anak dara atau yang belum berumahtangga plak dapat membantu bagi yang mempunyai masalah yang sama dan serupa seperti period bermasalah akan jadi normal, melegakan senggugut, mengatasi masalah keputihan dan macam-macam lagi. Untuk sesiapa yang mempunyai masalah keputihan jangan ingat keputihan tu masalah kecil ye. Keputihan ni sebenarnya sangat bahaya jika lambat dirawat seperti boleh menyebabkan kemandulan or kanser rahim. Sebab tu perempuan ni kene jaga dari atas smpai la kebawah dan dari luaran sampai dalaman. 




Gambar diatas ne antara 28 kelebihan & kebaikan Pil Herba Maharani ne. Yang atas tu sikit je. Meh yana terangkan dengan lebih lanjut atau dengan kata lain secara detail apa yang baik tentang Herba Maharani ne.

MENJAGA KESIHATAN WANITA
  • ·        Mengawal atur KITARAN HAID
  • ·        Mengawal atur keseimbangan HORMON (estrogen dan androgen)
  • ·        Melegakan SENGGUGUT
  • ·        Mencegah jangkitan KULAT dan FUNGUS
  • ·        Mengatasi masalah KEPUTIHAN
  • ·        Menghentikan PENDARAHAN
  • ·        Membantu melegakkan SAKIT PINGGANG
  • ·        Melegakan MIGRAIN
  • ·        Melegakan sindrom MONOPAUS
  • ·        Mengurangkan masalah PERPELUHAN malam


MEMULIHKAN DAN MENYEGARKAN TUBUH
  • ·        Meningkatkan sistem IMUNISASI badan
  • ·        Membantu menyingkir TOKSIN
  • ·        Menambah DAYA penyesuaian TUBUH terhadap persekitaran
  • ·        Menyubur badan dengan menambah SEL DARAH MERAH dan PUTIH serta PLATLET
  • ·        Menguatkan dan melindungi fungsi HATI
  • ·        Mencegah INSOMIA


MEMBANTU MENINGKATKAN KESUBURAN
  • ·        Meningkatkan peredaran DARAH
  • ·        Mengembalikan keinginan SEKS
  • ·        Menguatkan dan mengecutkan otot-otot RAHIM organ PERANAKAN selepas bersalin
  • ·        Memperbaiki STAMINA
  • ·        Menguatkan KAKI BADAN yang lemah


AWET MUDA
  • ·        Menyelesaikan masalah MUKA PUCAT
  • ·        Sistem ORGAN dalam tubuh akan berfungsi dengan lebih baik (anti-penuaan, awet muda, kecantikan dan kesuburan
  • ·        Menegang dan memberi keanjalan KEANJALAN pada kulit (payu dara, ovari dan kawasan perut selepas bersalin dan pinggul.  

Dekat bawah ne yana nak share Testimoni Herba Maharani ne. Dah ramai yang beri feedback posotif lepas makan Herba Maharani ne. 











Mesti ada yang tertanya-tanya kan. Macam mana cara nak makan ne? Berapa banyak nak kene ambil? Masa bila nak kene ambil. Hehehe sebelum korang tanya yana,yana akan share dulu bagaimana cara pengambilan Herba Maharani

Cara Pengambilan Herba Maharani

Seringkali ada yang keliru tentang pengambilan herba maharani. Jadi yana tuliskan semula kat sini untuk rujukan uolss :-

Cara makan yang disyorkan ialah 25-50biji kecil sekali sehari.

Mulakan makan Pil Herba Maharani hari pertama selepas period (datang haid @ datang bulan).

Waktu pengambilan yang terbaik ialah pada waktu pagi sebelum sarapan, kalau berpuasa, makan pada waktu sahur. Nak makan malam pun boleh juga.

Makan mestilah dengan air suam. Namun, menurut kajian yang dibuat, di Malaysia, pengambilan 10 - 25 biji kecil sudah mencukupi kerana herba ini agak panas bagi sesetengah orang. Bagi yang dah biasa dengan herba, ambil 25@ 50biji@ 1pil. (1 pil bermaksud 1 bola putih ).Kurang dari 10 biji TIDAK disyorkan kerana bimbang dos tidak mencukupi.

Alternatif lain, anda boleh pecahkan kepada bilangan yang kecil dengan pengambilan 2 @ 3 kali sehari (sehingga cukup 50 biji sehari). contohnya, pagi ambil 25 biji, malam ambil 25biji.

Kesimpulannya, pengambilan diantara 10 - 50 biji kecil setiap hari mengikut kesesuaian individu itu sendiri.

Biasanya untuk customer Yana, Yana cadangkan ambil 25 biji kecil, sebelum breakfast, 1 kali sehari. Habiskan 6 bola dalam masa 12 hari. Berhenti , tunggu period, selepas period, sambung kotak yang seterusnya.

Kuantiti dalam sekotak = 6 bola putih = 300 biji kecil

** kalau ambil 50 biji sehari = 6 hari (habis sekotak , stop, sambung selepas period)
** kalau ambil 25 biji sehari = 12 hari (habis sekotak , stop, sambung selepas period)
** kalau ambil 10 biji sehari = 30 hari (waktu period tak yah makan)

Cara pengambilan mengikut masalah tertentu.
Berikut adalah cara pengambilan Herba Maharani mengikut keadaan yang berlainan :

1.Untuk penjagaan kesihatan, mengambil selepas period dengan 1 
  biji bola selama 6 hari.

2.Jika badan lemah, mengambil selepas period dengan 1 biji bola 
  selama 12 hari atau 2 biji bola selama 5- 10 hari.

3.Untuk Peredaran haid yang tidak tetap, mengambil pada hari 
  ke-6 period dengan 1 atau 2 biji bola selama 20 hari.

4.Jika berlaku ketidakselesa semasa period, mengambil 14 hari 
  sebelum period dengan 1 atau 2 biji bola selama 14 hari.

5.Selepas melahirkan anak, mengambil seminggu selepas 
  melahirkan  anak dengan 1 biji bola selama 10- 14 hari.

Peringatan :

Bagi memastikan keberkesanan, adalah disarankan agar minum air sekurang2nya 2 liter sehari. Tidak perlu dimakan ketika dalam tempoh datang haid @ datang bulan.

Nota :

1. Setiap bulan makan selama 5-10 hari dan kesan produk boleh dirasai selepas 2/ 3 bulan.

Jika badan berasa panas seperti sakit kerongkong, pertumbuhan jerawat selepas makan, uolss boleh guna satu alternatif seperti berikut:-

2. Jika rasa badan ‘panas’ selepas makan, anda boleh  
   menggunakan  satu daripada cara alternatif yang berikut :
(a) Makan separuh biji bola kuning (=25 pil hitam kecil) sekali
(b) Minum air garam waktu makan Pil Herba Maharani
(c) Minum lebih banyak air 

Perhatian : 

1. Ibu mengandung dilarang mengambil. 
2. Dilarang mengambil makanan yang mentah dan sejuk dalam tempoh pengambilan ubat (Elakkan makanan goreng, makan bersifat sejuk seperti salad, buah tembikai dan teh (mengandungi kafein) semasa makan Pil Herba Maharani.
3. Tidak sesuai diambil ketika selsema.

4. Mereka yang mengalami haid berlebihan harus merujuk kepada doktor.
5. Sewaktu makan asid folik atau ubat doktor atau ubat subur yang lain, uolss boleh makan Pil Herba Maharani. Akan tetapi, dinasihatkan uolss makan makanan kesihatan/ supplement ini pada selang masa sekurang-kurangnya 4 jam.
6. Contohnya, selepas makan asid folik, anda boleh makan Pil Herba Maharani selepas 4 jam. 

Harap segala maklumat yang yana kongsi ni dapat membantu semua.


Untuk pertanyaan dan pembelian uolss boleh contact Yana terus +60182928184 

Yana bukan sahaja penjual tetapi Yana juga pengguna Pil Herba Maharani (^_^)

Wednesday, January 11, 2017

Kebaikan Chia Seed


Hari ne yana nak cerita pasal Chia Seed. Pernahkah anda dengar tentang kebaikan Chia seed? Jika anda baru nak amalkan chia seed jangan tersalah beli pula biji selasih sebab rupa bentuknya seakan-akan sama tapi tak serupa berbanding kebaikan chia seed. Perkataan ‘chia’ berasal dari kata ‘chian’, yang bererti berminyak. Chia seed adalah biji berminyak yang dilengkapi dengan asid lemak esensial omega-3. Ianya sangat membantu melawan radikal bebas, antioksida yang tinggi, mengurangkan alergi, mengandungi sumber protein, mineral dan bagus untuk pengawalan berat badan.

Salvia Hispanica atau Chia Seed (biji chia) adalah sejenis tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga pudina dan berasal daripada Mexico dan Guatemala.

Terdapat beberapa perbezaan antara chia seed dengan biji selasih. Pertamanya dalam cara penyediaanya. Biji selasih hanya boleh digunakan selepas direndam di dalam air selama beberapa minit. Manakala chia seed pula boleh digunakan dengan pelbagai cara. Sebagai contohnya taburkan atau dicampurkan sahaja ke yogurt, jus, salad, puding, rawfood dan nasi putih. Selain itu, ia juga boleh direndamkan ke air putih untuk dijadikan sebagai minuman yang berkhasiat.

Yang kedua, biji selasih dan chia seed mempunyai warna yang berbeza. Biji selasih itu warnanya adalah hitam sahaja. Apabila terkena air, akan muncul selaput putih jernih yang menyeliputinya. Bagi chia seed pula, ia mempunyai pelbagai warna antaranya hitam, coklat, putih dan kelabu. Apabila terkena air, ia juga akan mengeluarkan selaput putih yang mengelilingi biji chia.

Yang ketiga, biji selasih dan chia seed memiliki banyak perbezaan dalam khasiatnya. Biji selasih diketahui boleh dijadikan sebagai ubat untuk suku kaum Ayurvedic dan dalam pengubatan China. Biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan sakit sendi, mengurangkan sakit tulang dan banyak lagi.

1. Dapat Melawan Diabetes

Chia seed dapat mengawal kandungan gula dalam darah. Ia sesuai diamalkan oleh pesakit diabetes tahap 2, kerana keupayaannya untuk melambatkan penukaran karbohidrat menjadi gula. Jadi kadar gula tak melambung tinggi dalam darah. Chia seed juga membantu mengurangi resistensi insulin dalam tubuh. Sebagaimana yang anda ketahui, insulin adalah penting untuk mengawal gula dalam darah. Ia adalah sesuatu yang harus anda miliki jika anda ingin mengatasi penyakit diabetes anda.

2. Mudah Berasa Kenyang, Mood dan kualiti tidur yang baik

Tryptophan juga turut ditemui dalam biji Chia Seed. Ianya akan memberikan kesan pengawalan selera makan anda (mudah berasa kenyang), memberikan tidur yang selesa dan membantu untuk meningkatkan mood anda seharian. 
Pusat rasa kenyang memiliki tempat khusus di otak, yang memberitahu apakah perut anda telah penuh atau tidak. Pusat rasa kenyang mengontrol rasa lapar dan kenyang, serta dapat membantu mengatur nafsu makan. Pada anda yang sedang ingin mengawal berat badan, anda perlu dapatkan chia seed ini.


3. Tinggi kandungan Omega-3 dan mengurangkan kolestrol

Biji Chia Seed adalah penuh dan kaya dengan asid lemak omega-3, dengan mempunyai hampir 5 gram dalam setiap hidangan satu aunsnya. Kandungan Omega-3 chia seed lebih tinggi berbanding omega 3 yang terkandung dalam Salmon. 
Omega 3 ini penting untuk perkembangan otak, menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida, boleh meningkatkan kesihatan jantung, menjaga tekanan darah, mencegah peradangan, dan bisa mengatasi alergi dan depresi.


4. Mengandungi Serat yang tinggi dan mencegah sembelit

Dengan hanya mengambil 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya mempunyai 11 gram serat pemakanan, seumpama kira-kira satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa. 
Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah serat yang cukup. Oleh kerana serat yang tinggi jadi ianya bermanfaat untuk memperlancar sistem pencernaan, mengurangkan kadar toksin dalam tubuh, mempertingkatkan metabolisme dan mengawal berat badan yang berlebihan.


5. Mengekalkan Kekuatan Gusi dan Tulang

Satu hidangan biji chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang telah disyorkan untuk kalsium, yang dimana ianya berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi, tulang, dan dapat mencegah osteoporosis.


6. Kaya dengan Mineral untuk tubuh

- Kaya dengan Mangan. 

Manganese (Mangan) bukanlah nutrien mineral yang terkenal, tetapi ianya adalah amat penting untuk kesihatan manusia. Mangan amat baik untuk tulang dan dapat membantu badan kita untuk menggunakan nutrien lain seperti Biotin dan thiamin. Dalam pengambilan Satu hidangan biji chia seed (28 gram) mempunyai kandungan sebanyak 30 peratus seperti yang telah disyorkan untuk mineral ini. 


- Kaya dengan Magnesium

Mengandungi magnesium lebih kaya dari brokoli (LIMA BELAS kali!!). Jadi buat anda yang jarang makan sayur brokoli, anda boleh mendapat khasiat megnesium melalui biji chia seed. 


- Kaya dengan Fosforus

Mineral ini membantu anda supaya dapat mengekalkan tulang dan gigi yang sihat dan kuat. Fosforus juga amat penting untuk mensynthesizekan protein (pertumbuhan dan untuk pembaikan) sel serta tisu tubuh badan kita, mengekalkan tahap metabolisme tubuh, dan mencegah osteoporosis.


- Kaya kalsium

Kandungan kalsiumnya lebih kaya dari susu

- Kaya dengan Potasium/kalium 

Mineral ini penting untuk pembentukan sel, pembentukan organ dalam, menjaga kesehatan jantung, otak, ginjal, kestabilan jaringan otot, mencegah stroke, hipertensi, dan juga stress.


7. Kaya Dengan Protein

Biji Chia seed mengandung sumber protein lengkap yang mudah dicerna. Bagi individu yang vegetarian, anda boleh mendapat sumber protein melalui chia seed ini. Ianya juga tak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam satu 28 gram hidangan biji Chia Seed yang diambil adalah mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya. Chia seed adalah pengganti yang sempurna untuk telur dan daging dalam diet anda.


8. Bersifat Antioksidan

Chia seed juga makanan yang kaya akan antioksidan yang membantu melindungi tubuh dari pigmentasi, sel karsinogenik dan memperlambat timbulnya penuaan. Jadi hanya dengan mengunyah chia seed dan ucapkan selamat tinggal kepada krim mahal anti-kerut anda.


Sumber :-
 - http://beritasogood.com/
 - http://jelitawancollection.blogspot.my/


Tuesday, January 3, 2017

Selamat Tahun Baru 2017



First entry for tahun baru. Yana nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun yang dah berlalu. So tahun ne apa azam yana yek... hahaha kompem korang ada mesti ada azam baru kn....hahaha setiap kali tahun baru je mesti ada azam baru kn?

Abis tu azam yang lama dah capai target ke? hahaha lau yana ada beberapa yang tak dapat capai, jadi kte postpone tahun ne...bak kata lain carry forward hahahahah.. boleh kn...apa tak boleh nye.

Azam yang selalu ada dalam senarai yana kompem perkataan ne KURUS .... hahaha biasa la pompuan kan memang tak leh lari dari topik kurus ne..bilang kali tahun azam baru, yang ne mesti masuk dalam senarai... korang pn sama ke? ada yang macam yana ne..

Tapi tahun ne mmg betol-betol azam almaklum la umur da masuk 3 series OMG mcm tak leh terima je umur da masuk 30 kn.. sbb baru je sambut Birthday 28 Dis baru ne... hahaha nk jugak mention so hakak baru 29 yek... (x nk ngaku tua) hahahaha

Bab kurus tahun ne yana mmg da buat planing baik nye, Ok, apa planing yana yek, yana nak share dgn korang ye :-

 1) da start ge GYM semula ye. lps balik keje je kompem GYM & Sauna yek. Mula awal sikit ari tu 27 Dis 2016 da mula

2) Pakai Korset Premium Beautiful semula.. yang ne kene a.k.a wajib sbb dah ada. cuma dulu sllu cik las nk pakai sllu skip je..hahaha lau mentor yana tau ne..kompem kene marah.ampun mak... hehehe

3) Consume dengan Set Kurus Bajet. Ok lau yang ne korang nak tau apa yang ada terkandung dalam Set Kurus Bajet ne,boleh PM/WA yana ye..jangan segan-segan-segan jangan malu-malu. hehehe. dalam blog pn yana ada cerita apa tu set kurus bajet korang leh tengok link header button kt atas tu je.. hehe

4) Selain tu yana ada amik Celgynic Gold yang ne yana amik sebab utama dia boleh turunkan kolestrol dalam darah,cepat pulihkan luka,kawal paras gula dalam darah,beri tenaga, bagi kulit & rambut cantik kurang gugur,anti kanser & bnyk lg la kebaikan dia. yang ne pn yana da share kebaikan dia. so mmg elok amik sekali.

5) Air kene minum sehari Wajib 3 Litter yek... hahaha da jd mcm tong sbb banyak minum air. hahaha. 

Buat masa sekarang tu je supplement & apa yang yana buat tuk proses mengurus kan badan yek... hahaha lau ada lagi ditambah di kemudian hari, yana akan share dengan korang semua yek... sharing is caring hahaha 😊 😉 jom kurus sesama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...