Wednesday, January 11, 2017

Kebaikan Chia Seed


Hari ne yana nak cerita pasal Chia Seed. Pernahkah anda dengar tentang kebaikan Chia seed? Jika anda baru nak amalkan chia seed jangan tersalah beli pula biji selasih sebab rupa bentuknya seakan-akan sama tapi tak serupa berbanding kebaikan chia seed. Perkataan ‘chia’ berasal dari kata ‘chian’, yang bererti berminyak. Chia seed adalah biji berminyak yang dilengkapi dengan asid lemak esensial omega-3. Ianya sangat membantu melawan radikal bebas, antioksida yang tinggi, mengurangkan alergi, mengandungi sumber protein, mineral dan bagus untuk pengawalan berat badan.

Salvia Hispanica atau Chia Seed (biji chia) adalah sejenis tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga pudina dan berasal daripada Mexico dan Guatemala.

Terdapat beberapa perbezaan antara chia seed dengan biji selasih. Pertamanya dalam cara penyediaanya. Biji selasih hanya boleh digunakan selepas direndam di dalam air selama beberapa minit. Manakala chia seed pula boleh digunakan dengan pelbagai cara. Sebagai contohnya taburkan atau dicampurkan sahaja ke yogurt, jus, salad, puding, rawfood dan nasi putih. Selain itu, ia juga boleh direndamkan ke air putih untuk dijadikan sebagai minuman yang berkhasiat.

Yang kedua, biji selasih dan chia seed mempunyai warna yang berbeza. Biji selasih itu warnanya adalah hitam sahaja. Apabila terkena air, akan muncul selaput putih jernih yang menyeliputinya. Bagi chia seed pula, ia mempunyai pelbagai warna antaranya hitam, coklat, putih dan kelabu. Apabila terkena air, ia juga akan mengeluarkan selaput putih yang mengelilingi biji chia.

Yang ketiga, biji selasih dan chia seed memiliki banyak perbezaan dalam khasiatnya. Biji selasih diketahui boleh dijadikan sebagai ubat untuk suku kaum Ayurvedic dan dalam pengubatan China. Biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan sakit sendi, mengurangkan sakit tulang dan banyak lagi.

1. Dapat Melawan Diabetes

Chia seed dapat mengawal kandungan gula dalam darah. Ia sesuai diamalkan oleh pesakit diabetes tahap 2, kerana keupayaannya untuk melambatkan penukaran karbohidrat menjadi gula. Jadi kadar gula tak melambung tinggi dalam darah. Chia seed juga membantu mengurangi resistensi insulin dalam tubuh. Sebagaimana yang anda ketahui, insulin adalah penting untuk mengawal gula dalam darah. Ia adalah sesuatu yang harus anda miliki jika anda ingin mengatasi penyakit diabetes anda.

2. Mudah Berasa Kenyang, Mood dan kualiti tidur yang baik

Tryptophan juga turut ditemui dalam biji Chia Seed. Ianya akan memberikan kesan pengawalan selera makan anda (mudah berasa kenyang), memberikan tidur yang selesa dan membantu untuk meningkatkan mood anda seharian. 
Pusat rasa kenyang memiliki tempat khusus di otak, yang memberitahu apakah perut anda telah penuh atau tidak. Pusat rasa kenyang mengontrol rasa lapar dan kenyang, serta dapat membantu mengatur nafsu makan. Pada anda yang sedang ingin mengawal berat badan, anda perlu dapatkan chia seed ini.


3. Tinggi kandungan Omega-3 dan mengurangkan kolestrol

Biji Chia Seed adalah penuh dan kaya dengan asid lemak omega-3, dengan mempunyai hampir 5 gram dalam setiap hidangan satu aunsnya. Kandungan Omega-3 chia seed lebih tinggi berbanding omega 3 yang terkandung dalam Salmon. 
Omega 3 ini penting untuk perkembangan otak, menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida, boleh meningkatkan kesihatan jantung, menjaga tekanan darah, mencegah peradangan, dan bisa mengatasi alergi dan depresi.


4. Mengandungi Serat yang tinggi dan mencegah sembelit

Dengan hanya mengambil 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya mempunyai 11 gram serat pemakanan, seumpama kira-kira satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa. 
Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah serat yang cukup. Oleh kerana serat yang tinggi jadi ianya bermanfaat untuk memperlancar sistem pencernaan, mengurangkan kadar toksin dalam tubuh, mempertingkatkan metabolisme dan mengawal berat badan yang berlebihan.


5. Mengekalkan Kekuatan Gusi dan Tulang

Satu hidangan biji chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang telah disyorkan untuk kalsium, yang dimana ianya berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi, tulang, dan dapat mencegah osteoporosis.


6. Kaya dengan Mineral untuk tubuh

- Kaya dengan Mangan. 

Manganese (Mangan) bukanlah nutrien mineral yang terkenal, tetapi ianya adalah amat penting untuk kesihatan manusia. Mangan amat baik untuk tulang dan dapat membantu badan kita untuk menggunakan nutrien lain seperti Biotin dan thiamin. Dalam pengambilan Satu hidangan biji chia seed (28 gram) mempunyai kandungan sebanyak 30 peratus seperti yang telah disyorkan untuk mineral ini. 


- Kaya dengan Magnesium

Mengandungi magnesium lebih kaya dari brokoli (LIMA BELAS kali!!). Jadi buat anda yang jarang makan sayur brokoli, anda boleh mendapat khasiat megnesium melalui biji chia seed. 


- Kaya dengan Fosforus

Mineral ini membantu anda supaya dapat mengekalkan tulang dan gigi yang sihat dan kuat. Fosforus juga amat penting untuk mensynthesizekan protein (pertumbuhan dan untuk pembaikan) sel serta tisu tubuh badan kita, mengekalkan tahap metabolisme tubuh, dan mencegah osteoporosis.


- Kaya kalsium

Kandungan kalsiumnya lebih kaya dari susu

- Kaya dengan Potasium/kalium 

Mineral ini penting untuk pembentukan sel, pembentukan organ dalam, menjaga kesehatan jantung, otak, ginjal, kestabilan jaringan otot, mencegah stroke, hipertensi, dan juga stress.


7. Kaya Dengan Protein

Biji Chia seed mengandung sumber protein lengkap yang mudah dicerna. Bagi individu yang vegetarian, anda boleh mendapat sumber protein melalui chia seed ini. Ianya juga tak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam satu 28 gram hidangan biji Chia Seed yang diambil adalah mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya. Chia seed adalah pengganti yang sempurna untuk telur dan daging dalam diet anda.


8. Bersifat Antioksidan

Chia seed juga makanan yang kaya akan antioksidan yang membantu melindungi tubuh dari pigmentasi, sel karsinogenik dan memperlambat timbulnya penuaan. Jadi hanya dengan mengunyah chia seed dan ucapkan selamat tinggal kepada krim mahal anti-kerut anda.


Sumber :-
 - http://beritasogood.com/
 - http://jelitawancollection.blogspot.my/


2 comments:

Mrs. A said...

Lorrr... beza ke chia seed dengan selasih?
Baru tahu ni

Yana said...

aah berbeza (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...